Penggerak Muslimin



Allah berfirman di dalam Al Quran:

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)






Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

(MUTAWATIR)



[[ Senarai Kitab Hadis ]]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[[ Carian Hadis ]]

Sunday, June 20, 2010

Riwayat Imam Bukhari

LATARBELAKANG

Nama

Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah

Nama Panggilan

Abu Abdullah

Keturunan

1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab keturunan Arab, sebabnya : Al-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin.
2. Bukhari : Ialah nisbah kepada negerinya.

Kelahiran

Dilahirkan pada 13 Syawal tahun 194 H, pada hari Jumaat.

Kematian

Imam Bukhari meninggal dunia pada tahun (256) Hijrah, pada malam Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu beliau berusia 62 tahun.

Guru-Guru

1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.


ILMU

Bil

Ilmu

Keterangan

1

Hadis

Ilmu hadis ialah penjagaan atau hafalan beliau terhadap hadis dan pengetahuannya tentang sanad. Imam Bukhari telah mencapai tahap yang tinggi dalam ilmu ini.

2

Tafsir

Imam Bukhari telah memberi perhatian sebagaimana yang diberikan oleh seorang ahli hadis yang mengetahui sanad juga sebagaimana seorang ahli bahasa yang mengerti maksud lafaz-lafaz seperti seorang faqih mengeluarkan hukum-hakam.

3

Fekah

Pengetahuan Imam Bukhari yang banyak tentang Hadis, Bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil tentang mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para Sahabat dan para Taabi'een telah membolehkan beliau mengarang dalam bidang Fekah ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai seorang ahli fekah yang terkenal, seorang mujtahid yang terkemuka sehingga para syeikh yang mengetahui kecemerlangan beliau mengakuinya. Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri

4

Sejarah dan Biografi

Imam Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Taabi'een, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk menyempurnakan penyusunan beliau mengikut babnya. Beliau tidak meninggalkan seorang pun orang yang diambil ilmu darinya melainkan beliau menyebut nama orang tersebut dalam kitabnya At-Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang menunjukkan keilmuan dan makrifatnya tentang biografi, tarikh kematian dan sejarah manusia.

5

Jarah dan Ta'dil

Imam Bukhari merupakan orang yang pertama mengemukan ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan hafiz yang seolah-olah sanad hadis semenjak zaman sahabat sehinggalah zaman beliau dibawah penjagaannya. Beliau membezakan antara pencatit hadis serta menguasainya dengan orang yang mencampur aduk serta melakukan pembohongan. Imam Bukhari telah memperkatakan tentang masalah perawi hadis tentang kecacatan perawi dan memperelokkannya, tetapi beliau membuat perbezaan yang ketara kerana beliau berhati-hati terhadap lafaz-lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah Jarah dan Ta'dil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain. Inilah antara sifat warak dan budi pekertinya.

6

Ilal

Ilmu ini membawa maksud kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana tersembunyi. Melalui intipati pengetahuan beliau itulah telah terhasilnya kitab beliau yang agung iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang tidak memahami serta tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini maka kebiasaannya ia tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.

7

Bahasa

Imam Bukhari tidak masyhur atau cemerlang dengan ilmu bahasa kerana beliau sibuk dengan ilmu lain tetapi beliau pada zahirnya telah menguasai sebahagian ilmu tersebut yang merupakan ilmu alat semestinya dikuasai untuk mendalami serta memahami ilmu lain. Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau menguasai ilmu bahasa ialah sebagaimana yang telah beliau tulis dibeberapa tempat dalam Kitab As-Sahih berhubung dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang susah serta gesaan beliau.


KARANGAN

Sebagaimana Imam Bukhari bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu melalui percakapan dan penulisan, beliau juga bersungguh-sungguh mengarang berbagai ilmu. Allah telah memanfaatkannya kepada orang ramai selama kehidupan beliau. Selepas kematian beliau banyak kitab-kitab telah dikarang dan kebanyakannya telah sampai kepada kita.

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang telah sampai kepada kita.


1. Al-Jaami' As- Sahih.
Dikenali sebagai Sahih Bukhari.

2. At- Tarikh Al Kabir.
Ia merupakan karangan yang paling indah dan baik mengikut bab begitu juga topiknya. Perawi-perawai hadis semenjak dari zaman sahabat sehinggalah zaman beliau serta mengandungi perbahasan tentang kecacatan-kecacatan Hadis, Jarah, Ta'dil dan sebagainya. Ia telah dicetak di Hyderabad di India pada tahun 1691 M dengan disemak oleh Al-Allaamah Abdul Rahman Al-Mu'allimi Rahimahullah.

3. At-Tarikh Al-Ausat.
Ia disusun selama beberapa tahun dan tiba kepada kita darinya potongan kitab ilmu islam yang terdahulu.

4. At-Taarikh As-Soghir.
Ia disusun beberapa tahun dan dicetak berulang kali.

5. Kitab Al-Kuna.
Ia dicetak sebagai lampiran Kitab At-Taarikh Al-Kabir dipercetakan Hyderabad.

6. Adh-Dhu'afa'.
Terdapat dua kitab dengan nama tersebut iaitu Soghir (kecil) dan Kabir (besar). Mengandungi sejumlah perawi-perawi hadis yang lemah.

7. Al-Adab Al- Mufrad.
Merupakan kitab adab dan akhlak yang elok lagi baik mengikut bab dengan cara terkini dan telah dicetak sebanyak beberapa kali.

8. Al-Qiraat Khalfa Al-Imam (bacaan dibelakang imam).
Dikenali sebagai Juz Al-Qiraat. Mengandungi masalah bacaan makmum dibelakang imam dan menyokong hujah tentang diwajibkan membaca Al-Fatihah pada setiap rakaat dalam apa jua keadaan, sekalipun orang yang mendirikan sembahyang itu sebagai imam, makmum atau bersendirian, samada di dalam sembahyang yang tidak dinyatakan bacaannya ataupun yang dinyatakan bacaannya malah tidak dikira rakaat tanpanya.

9. Mengangkat kedua-dua tangan dalam sembahyang.
Dikenali dengan Juz Raf'ul Yadain. Imam Bukhari membentangkan masalah orang sembahyang mengangkat kedua-dua tangan apabila melakukan takbiratul-ihram dan semasa berpindah rukun.

10. Kejadian Perbuatan Hamba.
Kandungannya adalah tentang permasalahan pegangan (akidah) iaitu perbuatan-perbuatan hamba adalah merupakan makhluk dan kalam Allah iaitu Al-Quran adalah bukan makhluk. Faktor yang mendorong beliau mengarang kitab tersebut adalah sebagai suatu ujian yang dihadapi tentang masalah tersebut.

Karangan-Karangan Imam Bukhari yang masih lagi tidak dijumpai.

1. Berbuat baik terhadap dua Ibubapa.
2. Al-Jami' Al-Kabir.
3. Al-Musnad Al-Kabir.
4. At-Tafsir Al-Kabir.
5. Al-Asyribah (minuman).
6. Al-Hibah (pemberian).
7. Usama As-sahabah (nama-nama sahabat).
8. Al-Mabsut.
9. Al-Wihdan.
10. Al-Ilal (kecacatan-kecacatan).
11. Al-Fawaid (faedah-faedah).
12. Masalah Sahabat dan Taabi'en.
13. Guru-guru Imam Bukhari. Di dalamnya menyebut tentang guru-gurunya yang menjadi tempat beliau berguru.

Diambil dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/425/Riwayat-Imam-Bukhari

Artikel Popular