Penggerak Muslimin



Allah berfirman di dalam Al Quran:

"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)






Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

(MUTAWATIR)



[[ Senarai Kitab Hadis ]]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[[ Carian Hadis ]]

Saturday, June 12, 2010

Ulum hadis

Ulum Hadis atau Mustalah al-Hadis bermaksud pengajian atau sains mengenai hadis. Maksud "ulum" ialah ilmu dalam kata jamak. Manakala "hadis" merupakan perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w. Perkara yang diteliti dalam ulum hadis ialah sanad, rangkaian perawi, dan matan, teks hadith tersebut. (Rujukan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)


Istilah

Istilah yang digunakan dalam pengajian hadis ialah:


Sanad
• Erti: Rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w
• Contoh: Al-Bukhari > Musaddad > Yahyaa > Syu’bah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW

Isnad
• Sandarkan hadis pada periwayatnya

Musnad
• Erti: Kitab yang dikumpul dalamnya apa diriwayat oleh seorang sahabat atau lebih
• Contoh: Musnad Imam Ahmad

Musnid
• Erti: Orang yang meriwayat hadis dengan isnadnya, sama ada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak
• Contoh: Imam Al- Bukhari

Rawi
• Erti: Orang yang meriwayat hadis Nabi
• Contoh: Abu Hurairah

Matan
• Erti: Lafaz hadis yang membentuk pengertian
• Contoh: 'Kebersihan sebahagian daripada Iman'


Senarai perawi masyhur
Para perawi hadis ini boleh dikenal mengikut peringkat mereka. Peringatan: Ini bukannya senarai penuh perawi hadis.

Generasi Contoh

Sahabat
• Abu Hurairah
• Aisyah binti Abu Bakar
• Abdullah Ibn Umar
• Abdullah Ibn Abbas
• Jabir Ibn Abdullah

Tabi'in
• Sa'id Ibn al-Musyabbab
• Muhammad Ibn Sirin
• Sa'id Ibn Jubair
• Ibn Syihab al-Zuhri
• al-Hassan al-Basri

Artikel Popular