Jilid 1
Imam As-Suyuthi
[[ Biografi ]]
(Diteliti dan dinilai oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani)
1. Ayat Al-Kursi adalah seperempat Al-Quran. (DHAIF, Riwayat Abu Syaikh dalam At-Tsawab dari Anas) [Hadis 0021]
2. Datangilah undangan apabila kamu diundang. (Sahih, Riwayat Muslim dari Ibnu Umar) [Hadis 0031]
3. Carilah kebaikan pada orang-orang yang berwajah cantik. (MAUDHU', Riwayat Daraquthni dalam Al-Afrad dari Abu Hurairah [Hadis 0044]
4. Mulailah dengan dirimu, maka berilah ia sedekah. Lalu apabila berlebih sesuatu maka untuk keluargamu. Lalu apabila berlebih sesuatu dari (keperluan) keluargamu, maka untuk sanak kerabatmu. Lalu apabila berlebih sesuatu dari (keperluan) sanak kerabatmu, maka begini dan begitu. (sedekah kepada orang-orang lain (mengikut keutamaan)). (Sahih, Riwayat Nasa’i dari Jabir) [Hadis 0046]
5. Orang yang paling dibenci oleh Allah ada 3 :
(a) orang yang melanggar kehormatan tanah haram,
(b) orang yang mengharapkan kebiasaan jahiliyah dalam Islam dan,
(c) orang yang menuntut darah seseorang tanpa hak untuk menumpahkan darahnya.
(Sahih, Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas) [Hadis 0057]
6. Jibril telah datang kepadaku dengan (membawa) sebuah periuk lalu aku makan daripadanya, maka aku diberi kekuatan empat puluh laki-laki dalam bersetubuh. (MAUDHU’, Riwayat Ibnu Sa’ad dari Safwan bin Salam) [Hadis 0086]
7. Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya ia (doa orang yang teraniaya) tidak dihalangi. (Sahih, Riwayat Ahmad, Abu Ya’laa dan Dliya dari Anas) [Hadis 0150]
8. Amal yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya, lalu berbakti kepada ibu bapa, lalu jihad di jalan Allah. (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i dari Ibnu Mas’ud) [Hadis 0196]
9. Aku mengkhuatirkan tiga perkara atas umatku sepeninggalanku :
(a) kezaliman para penguasa
(b) kepercayaan kepada nujum (bomoh dan sebagainya) dan
(c) mendustakan takdir
(Sahih, Riwayat Ibnu Asakir dari Abu Mihjan Atssaqafi) [Hadis 0279]
10. Perbezaan (pendapat) umatku adalah rahmat. (MAUDHU’, Riwayat Nashrul Muqaddasi dalam Al Hujjah, Baihaqi dalam Risalah Asy’ariyah tanpa sanad, dari Halim, Qadi Hussain, Imam Haramain dan lain-lain) [Hadis 0288]
11. Apabila Allah memberimu harta maka perlihatkanlah bekas nikmat Allah atas dirimu dan (perlihatkanlah) kemurahannya.
(Sahih, Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Hakim dari Walid Abul Ahwash) [Hadis 0330]
12. Apabila datang kepadaku satu hari yang tidak bertambah ilmuku di situ yang mendekatkan aku kepada Allah SWT maka semoga terbitnya sang suria hari itu tidak diberkahi untukku.
(MAUDHU’, Riwayat Thabrani dalam Al-Ausath, Ibnu Audi dan Abu Nu’aim dari Aisyah) [Hadis 0343]
13. Apabila datang (melamar) kepadamu orang yang kamu sukai akhlak dan agamanya maka kahwinkanlah dia. Kalau tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.
(Hasan, (a) Riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Hakim dari Abu Hurairah, (b) Riwayat Ibnu ‘Adi dari Ibn Umar dan (c) Riwayat Tirmidzi dan Baihaqi Abu Hatim Al-Muzani; dan ia tidak mempunyai hadis selain itu.) [Hadis 0347]
14. Apabila datang kepadamu peminta-peminta maka taruhlah (berilah) di tangannya walaupun (hanya) kulit kaki binatang yang dibakar.
(Sahih, Riwayat Ibnu ‘Adi dari Jabir) [Hadis 0348]
15. Apabila tukang azan (bilal) telah melakukan azan (Jumaat) pada hari Jumaat, haram bekerja. (MAUDHU’ R.Dailami dari Anas) [0374]
16. Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba, dipermanis-Nya dia. Ditanyakan (kepada Nabi saw), ‘Bagaimana Ia mempermanisnya?’ Baginda saw menjawab, “Dibukakan-Nya baginya amal soleh sebelum matinya, lalu dimatikan-Nya dia atas amal soleh itu.” (Sahih, Riwayat Ahmad dan Thabrani dalam Al-Kabir dari Abu ‘Anbah) [0379]
17. Apabila engkau hendak meludah maka janganlah meludah ke arah kananmu, tapi ke arah kirimu kalau (sebelah kirimu) kosong. Maka kalau tidak kosong, maka (ludahlah) ke bawah telapak kakimu. (Sahih, Riwayat Bazzar dari Thariq bin Abdullah) [0415]
18. Apabila engkau berkehendak dicintai Allah maka bencilah dunia. Dan apabila engkau berkehendak dicintai manusia maka yang ada padamu dari kelebihan dunia itu lemparkanlah kepada mereka. (DAIF, Riwayat Khathib dari Rib’aa bin Hirasy dengan mursal) [0418]
19. Apabila isteri salah seorang kamu memintanya izin ke masjid maka janganlah ia melarangnya. (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan Nasa’i dari Ibnu Umar) [0423]
20. Apabila orang laki-laki bangun di malam hari dan membangunkan keluarganya dan keduanya solat dua rakaat, keduanya dicatat dalam (golongan) orang-orang lelaki dan perempuan yang berzikir banyak-banyak kepada Allah. (Sahih, Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id bersama-sama) [0434]
21. Apabila engkau mengeluh kesakitan (berasa sakit), letakkanlah tanganmu di tempat yang engkau keluhkan (tempat sakit), lalu ucapkanlah, ‘Dengan nama Allah aku mohon dihindarkan, dengan keagungan dan kekuasaan Allah dari kejahatan sakitku yang aku rasakan ini.’ Kemudian angkatlah tanganmu lalu ulangi yang demikian itu dengan gasal. (gasal bererti ganjil, iaitu mengulangi perbuatan tersebut dengan ganjil bilangannya-pent) (Sahih, Riwayat Tirmidzi dan Hakim dari Anas) [0448]
22. Apabila pagi-pagi anak Adam, maka seluruh anggota (tubuhnya) menunduk kepada lidah lalu berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dalam hal kami, kerana kami hanyalah menurut (kata) mu, maka kalau engkau lurus, luruslah kami dan kalau engkau bengkok,- bengkoklah kami. (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibn Khuzaimah dan Baihaqi dari Abu Sa’id) [0454]
23. Apabila salah seorang kamu berbuka (puasa) maka berbukalah dengan kurma, kerana ia (mempunyai) berkat. Maka apabila ia tidak mendapat kurma maka hendaklah ia berbuka dengan air, kerana ia menyucikan. (Sahih, Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Salman bin Amrid Ad-Dlabi) [0464]
24. Apabila telah dekat (akhir) zaman (maka) hampir-hampir mimpi orang Islam tidak dusta, dan orang yang paling benar mimpinya ialah yang paling benar perkataannya. (Sahih, Riwayat Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah) [0466]
25. Apabila solat telah diiqamati maka janganlah kamu mendatanginya seraya kamu berlari-lari kecil, tapi datangilah seraya kamu berjalan (biasa) dan kamu harus tenang, maka apa yang kamu temui, solatilah (bersama imam) dan apa yang tertinggal, maka sempurnakanlah (setelah imam selesai solat). (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah) [0471]
26. Apabila orang mengkafirkan saudaranya maka kembalilah salah seorang (dari) mereka dengan (dosa mengkafirkan) itu. (Sahih, Riwayat Muslim dari Ibnu Umar) [0475]
27. Apabila salah seorang kamu makan maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya, hendaklah ia minum dengan (tangan) kanannya, hendaklah ia menerima dengan (tangan) kanannya dan hendaklah ia memberi dengan (tangan) kanannya;
kerana sesungguhnya syaitan makan dengan (tangan) kirinya, minum dengan (tangan) kirinya, menerima dengan (tangan) kirinya dan memberi dengan (tangan) kirinya. (Sahih, Riwayat Hasan bin Sufyan dalam Musnadnya dari Abu Hurairah) [0482]
28. Apabila dua muslim bertemu lalu keduanya berjabat tangan dan memuji Allah dan memohon ampun (kepada Allah) maka keduanya diampuni. (DAIF, Riwayat Abu Daud dari Barra) [0486]
29. Apabila Allah menaruh dalam hati seseorang (kehendak) melamar seseorang perempuan, maka tidak mengapa ia melihat kepada perempuan itu. (Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Hakim dan Baihaqi dari Muhammad bin Maslamah) [0489]
30. Apabila (bulan) Syaaban telah sampai ke pertengahan maka janganlah berpuasa sampai datang (bulan) Ramadhan. (Sahih, Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Uthbah bin Nuddar) [0494]
31. Apabila salah seorang kamu memakai terompah (kasut) maka hendaklah ia memakainya bermula dengan yang kanan dan apabila ia membukanya maka hendaklah mulai dengan yang kiri. Hendaklah yang kanan lebih dahulu dipakai dan yang terakhir dilepas (dibuka). (Sahih, Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah) [0495]
32. Apabila salah seorang kamu kencing, maka janganlah ia memegang kemaluannya dengan (tangan) kanannya; dan apabila ia masuk ke dalam tandas maka janganlah ia membasuh dengan (tangan) kanannya; dan apabila ia minum maka janganlah ia menghembuskan nafas di dalam bekas. (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Qatadah) [0506]
33. Apabila salah seorang kamu menguap maka hendaklah ia meletakkan tangannya di atas mulutnya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke mulut) bersama nguapan (itu). (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan Abu Daud dari Abu Sa’id) [0516]
34. Apabila dua orang muslim berjabat tangan (maka) tidak terlepas kedua tapak tangannya sampai keduanya diampuni. (Sahih, Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dari Abu Umamah) [0526]
35. Apabila salah seorang kamu bercita-cita maka hendaklah ia perbanyak, kerana ia hanya meminta kepada Tuhannya. (Riwayat Thabrani dalam Al-Ausath dari Aisyah) [0532]
36. Apabila salah seorang kamu datang (berjemaah) pada hari Jumaat sedang imam berkhutbah, maka hendaklah ia solat dua rakaat dan hendaklah ia melakukannya sekadar yang perlu-perlu (meringkaskan solat). (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Jabir) [0543]
37. Apabila terasa bimbang sesuatu dalam hati mu maka tinggalkanlah dia. (Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim dari Abu Umamah) [0558]
38. Apabila hamba takut kepada Allah, dibuat-Nya segala sesuatu takut kepadanya, dan apabila hamba tidak takut kepada Allah maka dibuat-Nya ia takut kepada segala sesuatu. (MAUDU’ / Hadis PALSU, Riwayat Uqaili dari Abu Hurairah) [0569]
39. Apabila tiga orang ke luar dalam bepergian, maka hendaklah mereka mengangkat salah seorang mereka menjadi pemimpin. (Sahih, Riwayat Ibnu Majah dan Dliya dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id) [0573]
40. Apabila salah seorang kamu (hendak) melamar orang perempuan, maka tidak ada larangan atasnya melihat kepadanya (perempuan itu) walaupun ia (perempuan itu) tidak mengetahui. (Sahih, Riwayat Ahmad dan Thabrani dalam Al-Kabir dari Abu Hamid Sa’idi) [0578]
41. Apabila salah seorang kamu masuk (bertandang) kepada saudaranya yang muslim lalu dia hendak berbuka (membatalkan puasanya) maka hendaklah ia berbuka, KECUALI puasanya itu (puasa) Ramadhan, qada Ramadhan atau nazar. (Hasan, Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibu Umar) [0585]
42. Apabila engkau memasuki masjid, maka solatlah (berjemaah) bersama-sama orang-orang walaupun engkau telah solat. (Sahih, Riwayat Sa’id bin Manshur dari Mihjan Addu-ali) [0596]
43. Apabila salah seorang kamu diundang untuk makan, maka hendaklah memenuhi(nya), maka kalau ia tidak berpuasa maka hendaklah ia makan dan kalau ia berpuasa maka ia mendoakan berkah (bagi yang empunya makanan). (Sahih, Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Mas’ud) [0610]
44. Apabila bangsa Arab menjadi rendah, Islam pun menjadi rendah. (MAUDU’ / Hadis PALSU, Riwayat Abu Ya’la dari Jabir) [0617]
45. Apabila salah seorang kamu melihat mimpi yang baik maka hendaklah ia mentafsirinya dan memberitahukannya; dan apabila ia melihat mimpi yang buruk maka janganlah ia mentafsirinya dan jangan memberitahukannya. (Sahih, Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah) [0618]
46. Apabila salah seorang kamu melihat mimpi yang disenanginya maka sesungguhnya ia semata-mata dari Allah, maka hendaklah ia membaca ‘Alhamdulillah’ atasnya dan memberitahukannya.
Dan apabila ia melihat (mimpi) yang tidak begitu, iaitu yang tidak disenanginya maka sesungguhnya ia semata-mata dari syaitan, maka hendaklah membaca ‘A’udzubillahi minasy syaito-nirrajiim’; dan janganlah dia menyebutkannya kepada seseorang, kerana sesungguhnya ia tidak membahayakannya. (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Tirmidzi dari Abu Sa’id) [0621]
47. Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah sampai ia meninggalkan kamu atau diletak. (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah dari Amir bin Rabi’ah) [0638]
48. Apabila kamu telah melihat bendera-bendera hitam telah datang dari arah Khurasan maka datangilah ia kerana sesungguhnya di sana ada Khalifah Allah Al-Mahdi. (MAUDU’ / Hadis PALSU, Riwayat Ahmad dan Hakim dari Tsauban) [0648]
49. Apabila seorang ahli kitab mengucapkan salam kepada mu, maka ucapkanlah ‘Wa’alaikum.” (Sahih, Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Anas) [0683]
50. Apabila engkau mendengar tetangga-tetangga mu mengatakan ‘Engkau baik’, maka engkau benar-benar baik; dan apabila mereka mengatakan, ‘Engkau keji’, maka engkau benar-benar keji. (Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Ibnu Majah dari Kulsum Al-Khuza’i) [0688]
51. Apabila kamu mendengar penyakit berjangkit di satu daerah, maka janganlah kamu memasukinya dan apabila ia terjadi sedang kamu berada di satu daerah, maka janganlah kamu keluar daripadanya kerana lari dari (penyakit) itu. (Sahih. Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim dan Nasa’i dari usamah bin Zaid) [0700]
52. Apabila perempuan telah solat lima (waktunya), telah berpuasa bulan (Ramadhan)nya, telah menjaga kemaluannya (dari zina) dan telah mentaati suaminya (tentu) ia masuk syurga. (Sahih. Riwayat Bazzar dari Anas, Riwayat Ahmad dari Abdurrahman Zuhri dan Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dai Abdurrahman bin Hasanah) [0725]
53. Apabila engkau telah solat Subuh maka ucapkanlah sebelum engkau berbicara kepada seseorang, (Allahumma ajirnii minan(n)aar), ‘Wahai Allah, selamatkanlah aku dari neraka’ tujuh kali. Maka sesungguhnya kalau engkau mati pada hari mu itu, Allah mencatat untuk mu keselamatan dari neraka.
Dan apabila engkau telah solat Maghrib maka ucapkanlah sebelum engkau berbicara kepada seseorang, (Allahumma ajirnii minan(n)aar), ‘Wahai Allah, selamatkanlah aku dari neraka’ tujuh kali. Maka sesungguhnya apabila engkau mati pada malam mu itu, Allah mencatat untuk mu keselamatan dari neraka. (Sahih. Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i dan Ibu Hibban dari Harts Taimi) [0728]
54. Apabila telah terbenam matahari makan tahanlah anak-anak kecil mu, kerana sesungguhnya ia saat disebarnya syaitan-syaitan. [0767] (Sahih. Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Abbas)
55. Apabila salah seorang kamu berdiri dalam solat, maka janganlah ia memejamkan matanya. [0785] (DAIF. Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dan Ibnu Adi dari Ibnu Abbas)
56. Apabila beberapa orang laki-laki melalui satu kaum lalu salah seorang dari yang lalu mengucapkan salam kepada orang-orang yang duduk, dan dari mereka itu seseorang telah membalas (salam) maka telah mencukupi dari mereka itu dan dari mereka itu. (Sahih. Riwayat Abu Nu’aim dari Abu Sa’id)
57. Apabila salah seorang kamu mengantuk sedang dia berada di masjid, maka hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke (tempat) lainnya. [0878] (Sahih. Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)
58. Apabila makanan telah diletakkan maka ambillah dari tepinya dan biarkanlah (dahulu) tengahnya, kerana sesungguhnya berkah turun di tengah-tengahnya. [0891] Sahih Ibnu Majah dari Ibnu Abbas
59. Kasihanilah orang yang di bumi, engkau akan dikasihani oleh Yang di langit. [0941] Sahih. Thabrani dalam Al-Kabir dari Jabir dan Hakim dari Ibnu Mas’ud
60. Mintalah fatwa kepada dirimu sendiri walaupun engkau diberi fatwa oleh orang-orang yang memberi fatwa. [0991] Hasan. Bukhari dalam At-Tariikh dari Waabishah
61. Berlakulah lurus (jujur) dan berakhlak baiklah engkau kepada orang-orang (lain). [0993] Hasan. Tabhrani dalam Al-Kabir, Hakim dan Baihaqi dalam Syu'abul Iman dari Ibnu Umar.
62. Orang-orang yang paling kuat dugaannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh, kemudian yang paling menyerupai dan yang paling menyerupai (dengan mereka). [1056] Sahih. Thabrani dalam Al Kabir dari saudara perempuan Khudzaifah. Juga maksud yang sama (berbeza lafaz) dalam Ibnu Majah, Abu Ya’la dan Hakim dari Abu Sa’id.
63. Jaminlah untuk ku enam (perkara) dari diri mu, aku jamin syurga untuk mu;
1. yang benarlah (jujur) apabila kamu berbicara,
2. tepatilah apabila kamu berjanji,
3. sampaikanlah apabila kamu diberi amanah,
4. jagalah kehormatan mu,
5. pejamkanlah penglihatan mu (dari melihat maksiat),
6. tahanlah tangan mu (dari berbuat maksiat). [1095] HASAN. Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi dalam Syu'abul Iman dari Ubadah bin Shamit.
64. Baguskanlah perkataan, ucapkanlah salam, hubungilah kaum keluarga dan solatlah di waktu malam sedang orang-orang masih pada tidur (solat tahajjud), kemudian masuklah ke syurga dengan aman. [1096] Sahih. Ibnu Hibban dan Abu Nu’aim dari Abu Hurairah.
65. Telah diberikan kepadaku tujuh puluh ribu (orang) dari umatku yang masuk syurga tanpa dihisab, wajah-wajah mereka seperti pada malam purnama, hati-hati mereka seperti hati seorang (bersatu padu), lalu aku meminta tambah kepada Rabbku azza wa jalla. Lalu ia memberi aku tambahan bersama setiap satu orang tujuh puluh ribu (orang). [1175] Sahih. Riwayat Ahmad dari Abu Bakar.
66. Umumkanlah pernikahan ini dan buatlah ia di masjid-masjid dan pukullah rebana untuknya. [1198] DAIF. Riwayat Tirmidzi dari Aisyah.
67. Umur umatku adalah antara enam puluh sampai tujuh puluh, dan sedikit dari mereka yang melampaui (had) itu. [1199] Sahih. Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah dan Riwayat Abu Ya’la dari Anas.
68. Bekerjalah kerana setiap (orang) dimudahkan apa yang dibuat untuknya. [1202] Sahih. Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir dari Ibnu Abbas dan Imran bin Husain
69. Pergunakanlah kesempatan lima (perkara) sebelum (datangnya) lima (perkara);
a). Pada waktu hidupmu sebelum matimu,
b). Pada waktu sihatmu sebelum sakitmu,
c). Pada waktu senangmu sebelum sibukmu dan
d). Pada waktu kayamu sebelum kefakiranmu.
[1210] Sahih.
(*). Riwayat Hakim dan Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari Ibnu Abbas.
(*). Riwayat Ahmad dalam Azzuhd, Abu Nu’aim dan Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari Amr bin Maimun dengan mursal (mursal – riwayat tabi’in tanpa nama sahabat).
70. Sedekah yang paling utama adalah memberi minum air. [1261] Sahih. Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Hakim dari Sa’ad bin Ubadah dan Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas.
Penggerak Muslimin
Allah berfirman di dalam Al Quran: "..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.." (Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78) "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21) |
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.” (MUTAWATIR) |
[[ Senarai Kitab Hadis ]]
[[ Carian Hadis ]]
Artikel Popular
-
Tujuan Menuntut Ilmu PENDAHULUAN Surah Al Baqarah [2] : [255] .....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka d...
-
Merenung Ciptaan Allah yang Maha Agung – (bahagian 2) Iktibar Dari Penciptaan Manusia Pendahuluan Surah Al Baqarah [2] : [255] ...
-
Tiga Fungsi Bintang Di Langit Langit adalah sesuatu perkara atau benda yang tidak dapat diketahui secara jelas kecuali oleh Allah sahaja. ...
-
Kalimah Tauhid Alhamdulillah , Segala puji-pujian hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a....
-
Sikap Kita Terhadap Hal Ini Sebenarnya ini perbahasan yang agak panjang hinggakan umat Islam saling berantakan kerana kejahilan. Bukan jah...